Home » » Baby Bro (2017)

Baby Bro (2017)


“Baby Bro” mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe (Shaheizy Sam) & Sham (Zizan Razak), yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya. Usaha untuk memulangkan semula bayi tersebut menemui jalan buntu sehingga mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu.

Tanpa mereka sedari, bayi yang digelar secara mesra oleh mereka sebagai ‘Baby D’, telah mula disayangi seperti anak sendiri. Kehadiran bayi tersebut dalam dunia Joe dan Sham juga dilihat menyumbang ke arah positif yang mana pintu rezeki kedua-dua mereka kini lebih terbuka, mereka kelihatan lebih bertanggungjawab dan dengan adanya ‘Baby D’, ia mengajar mereka erti kesabaran. Namun begitu, sampai bilakah mereka ingin menjaga anak ini? Bagaimana pula dengan ibu bapa bayi ini?

Sudah pasti mereka resah dengan kehilangan permata hati mereka ini. Atau ada konspirasi tersembunyi di sebalik kehilangan bayi ini?

TONTON

POP

Popular Posts

Blog Archive

 
Copyright © 2014 Malay Tonton Tube
Blogger Templates