Home » , » Gugurl Propa (2014)

Gugurl Propa (2014)


Telefilem arahan Hashim Rejab ini mengisahkan tentang kehidupan tiga orang gadis iaitu Shiela, Melda dan Sofie yang suka berangan kononnya mereka dari golongan elit. Hakikat sebenarnya mereka hanyalah gadis biasa sahaja. Suatu hari, mereka bertiga didatangi dengan orang baru dalam kelompok mereka, Saleha.

Dalam kelompok mereka ini, Melda merupakan ketua dan kelihatan agak ‘class’ walaupun dia hanyalah gadis biasa-biasa sahaja. Melda suka melaga-lagakan orang dan mengata tentang orang lain. Hubungan cinta teman lelakinya, Zack kini sudah putus dan Zack kini meminati Saleha.

Saleha merupakan gadis kampung yang masuk ke dalam kumpulan itu dan sering menjadi buah mulut Sheila, Melda dan Sofie yang suka mengutuknya di dalam diam. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kedatangan Saleha sebenarnya sedikit sebanyak telah merubah kehidupan tiga gadis jelita ini daripada suka bergosip dan memandang negatif  kepada orang lain.

Sheila pula merupakan seorang gadis yang baru berhijab dan mempunyai masalah perubahan
baru dalam penghijrahannya. Sheila menipu dirinya sendiri kerana sebenarnya dia memakai tudung atas kehendak kekasihnya dan bukan kerana keikhlasannya.

Tajuk Telefilem: Gugurl Propa
Bahasa: Melayu
Saluran: Hypp Flicks + (Saluran 801)
Terbitan: Mangkin Prestij Sdn Bhd
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Intan Ladyana, Adiba Yunus, Sasqia Dahuri, Sharisa Haris dan lain-lain.

TONTON

POP

Popular Posts

Blog Archive

 
Copyright © 2014 Malay Tonton Tube
Blogger Templates